Thursday, April 21, 2011

MUnSyI test dh pass, skrg INTERVIEW plak..

Assalamualaikum w.b.t
hi, readers!
hi, bloggie..
ermm, bloggie skrg dah makin cun la..
thanks pd CHERITAQU sbb sudi beri tunjuk ajar
utk upgradekan lg BLOGGIE yad ni.. =)


sblom yad nak gi solat JUMAAT  kejap lg,
yad nak share skit la kat readers sume tntg pkembangan yad yg terbaru..
last 2 weeks yad gi MUnSyI test kat USM..
ramai yg xtau apa tu munsyi test..

sejak USM diiktiraf sbg universiti APEX,
munsyi test ni mula diperkenalkan..
erm, readers sume tau x APEX tu ape??
bunyi APEX tu mcm bunyi APEK je kan..
hehehe.. tp ini bukn APEK tu..
APEX ni merupakan akronim drpd ayat ni
THE ACCELERATED PROGRAMME FOR EXCELLENCE

wahh kemain lg speaking london..
bak kata ucop wilcha "itu la pentingnya ENGLISH EDUCATION"..
hehehe =)

ok, MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY (MUnSyI) test ni tlah diperkenalkan oleh USM buat pertama kalinya dlm pengambila pelajar (Aliran Perdana Penuh Masa) mulai Sidang Akademik 2009/2010 dan test ni ak digunakan terus bg pengambilan tahun2 yg seterusnya.

MUnSyI test ni mrupakan 1 instrume yg dibina khusus sbg satu kaedah utk mperoleh maklumat tntg kesesuaia individu utk mengikuti program pengajian yg ditawarkan di USM. Skor yg dperoleh drpd pengukuran dgunakan utk memilih calon yg sesuai utk mengikuti sesuatu  prog pengajian yg ditawarkan.

Calon yg mdapat skor yg tinggi bmakna calon tsebut adalah 'FIT' dgn program yg dipilih..
hehehe, mknanya yad dpt skor tinggi la utk MUnSyI test ni sbb tu yad dpt panggila temuduga..

Instrumen MUnSyI dbangunkan utk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon yg meliputi :

i)   MINAT KERJAYA
ii)  PERSONALITI
iii) NILAI INTERGRITI
iv) KECERDASAN EMOSI
v)  PATRIOTISME

wokey, tu je yg yad mampu xplain tntg MUnSyI test ni..
harap2 readers sume faham ok.. =)

ari selasa lepas yad dpt sms dari 15888..
sms tu suoh yad cek panggilan temuduga kat laman web USM..
syukur alhamdulillah dpt jgak gi interview USM..

Interview yg yad akn pegi ni utk kos MASSCOMM..
ermmm..mst ad dlm kalanga readers sume yg xtau ape tu MASSCOMM kan..
masscomm ni akronim bg ayat
MASS COMMUNICATION
bhs melayu lak,
KOMUNIKASI MEDIA..
ermmm, nnt kalau yad ade mse yad xplain lak pasal MASSCOMM ni ok.. =)

utk preparation gi interview ni, honestly yad xwat persiapan yg rapi..
ye lah, mne taknya..
yad bru tau pasal panggilan interview ni beberapa ari yg lepas..
esok dah nak kena interview dah..
general knowledge yg yad ad tlalu sikit..
sbb yad malas membaca hehehe =)
(pengakuan jujur taw)
ntah la sejak dua tiga taun kebelakangan ni yad jd mls nak membaca bahan2 ilmiah..
yad lebih gemar menulis jer.. hehehe
mcm tulis blog ni..

so, klu ade sesiapa yg tnya tentang perkembangan semasa, yad mst tergagap2 nak mnjawab..
tp tak bermakna yad xtau apa2 langsung..
yad tau juga pasal tsunami yg tjadi kat jepun bulan sudah,
pilihan raya yg berlangsug kt SARAWAK,
pasal tv3 tak tyg citer BOBOIBOY episod 5,
jiran kat taman wat majlis tahlil,
kedai SMARTEX GLOBAL dh mula nak maju,
kekawan dpt KPTM, POLITEKNIK, bla bla bla..
 huhuhu, yad dh merapu dh kan..
ni la yg jd bila yad dh mula gabra..
gabra pasal nak gi interview la..

sblom ni yad penah gak kena interview..
mse nak apply jawatan pengawas time form6 dlu..
hehe..
dlu yad gabra jgak,
tp xde la gabra mcm skrg ni..
trrrrrrrrrrrrrrr...

SIJIL2 dah beres,
PAKAIAN dah beres,
PENGETAHUAN AM... errrr bole la..
sok pukul 2 p.m yad akn merasai suasana interview yg cukup mdebarkan..
so best wishes for yad ok =)

wokey, penat dh naip.. =)
bubye readers!
bubye bloggie!
wassalam.. yippieeee..





antara pegang AWEK & pegang ANJING


Assalamualaikum w.b.t
ni yad nak share sikit tntg kisah yg yad dpt dr fb..
moga2 kisah ni dpt buka mata, buka minda, dan buka hati
setiap org yg mbacanya tmasuklah diri yad sndiri.. =)
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sblom ni, ckg Zul penah gak citer dlm kelas pasal kisah mcm ni..
tp ckg Zul x men la guna haiwan ANJING ni..
dy terus guna KHINZIR a.k.a B%^I hehehe
1st time kteorg dgr citer ckg tu, kteorg gelak sakan..
yg TERASA abis muka merah padam..
hihihi..

wokey la, ni je citer yg yad nak share ari ni..
mata dh ngantuk dh ~_~
err, padahal msih awal lg
ntah la rse nak tidor je skrg ni..
ok, gudnite readers
gudnite bloggie
see ya next time..
wassalam... =)

Wednesday, April 20, 2011

menyimpan hati yg RENYUK!!

Sehelai kertas,
ku ambil,
ku tulis,
dan ku renyuk.

ku ambil,
ku tulis,
dan ku renyuk.

Begitulah yang seterusnya.

Hati gundah-gulana,
direnyuk pelbagai sengsara,
yang tahu tiada siapa,
melainkan hanya Dia.

Kertas yang renyuk,
ku ambil,
ku rata,
dan ku simpan.

Ku ambil,
ku rata,
dan ku simpan.

Begitulah yang seterusnya.

Meski pahit tak tertelan,
biar perit tak tertahan,
ini semua adalah ujian,
pengajarannya harus ku simpan.

sebulat sebiji BOLA!!

Perkarangan dewan semakin padat dengan kehadiran rakan-rakan untuk mengambil keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Ada yang datang bersama-sama ibu bapa. Ada yang datang bersama-sama kakak dan abang. Ada yang datang sendirian dan ada yang datang bersama-sama teman. Meskipun kehadiran mereka bersama insan yang berbeza-beza tetapi masing-masing membawa perasaan yang sama. Rasa yang kian mendebarkan.

Sebahagian pelajar telah mengambil keputusan dan mengetahui hasil titik keringat mereka selama ini. Tangis dan tawa semakin memenuhi segenap ruang di dalam dewan. Biarpun ada yang bergembira dan berdukacita, sekurang-kurangnya debar yang mereka rasai telah sirna. Bagaimanakah pula dengan diriku? Hatiku dan mindaku masih diasak dengan satu persoalan yang masih belum terjawab. Apakah aku akan mencapai kejayaan?

Aku dan teman-temanku masih menanti. Menanti kemunculan Taufiq yang masih belum nampak batang hidung. Kami berjanji untuk mengambil keputusan bersama-sama. Hubungan akrab yang telah terjalin lebih lima tahun membuatkan kami mahu mengharungi saat-saat penuh debar ini bersama-sama.

Sufiyan menghubungi Taufiq. Dia tidak bisa tunggu lama.

" Hello, kau ada kat mana ni? Boleh cepat sikit tak? Kami dah macam tunggul batu, kau tau tak? Dah berlumut kami tunggu kau kat sini," ujar Sufiyan dengan nada tegas. Wafi dan Ammar saling berpandangan.

Selepas menelefon Taufiq, Sufiyan datang ke arah kami. " Taufiq dah nak sampai sini," katanya.

Tanganku terasa sejuk. Jantungku semakin laju. Masa sudah semakin tiba. Tiba-tiba terpacul dari mulutku satu kalimah agung. "Ya Allah".
Sufiyan, Ammar dan Wafi mengelih pandangan ke arahku.

Wafi bertanya," Kenapa? Kau takut ke?" Dia datang terhinjut-hinjut ke arahku dan duduk di sampingku. "Kau tawakal banyak-banyak. Aku tau kau dah banyak berusaha. Insya-Allah keputusan kau baik." Ammar mencelah," Bukan setakat baik, tapi cemerlang. Kita semua akan dapat keputusan yang cemerlang. Kita dah usaha. Insya-Allah kejayaan akan jadi milik kita semua." Bicara Ammar penuh yakin.

Beberapa saat kemudian, Taufiq muncul di depan pintu dewan. Dia berlari-lari anak menuju ke arah kami. " Assalamualaikum. Minta maaf sangat-sangat. Aku terlewat sikit," kata Taufiq sambil sempat menarik nafasnya untuk menghirup udara. Sufiyan yang agak gusar lantas berkata," Banyaklah kau punya sikit. Kau tengok si Wafi ni. Walaupun kaki dia tempang tapi tak ada alasan untuk datang lambat." Terlepas kemarahan Sufiyan yang terbuku sejak tadi. Wafi tertunduk. Mungkin hatinya sedikit terkesan.

" Sudahlah. Kami maafkan kau. Lagipun kami dah cukup masak dengan sikap kau tu." Ammar cepat-cepat mencelah. Bimbang keadaan akan menjadi lebih tegang. Sudah menjadi kelaziman tatkala Taufiq dan Sufiyan bertemu empat mata pasti ada sahaja yang akan membuatkan salah seorang berasa marah yang akhirnya membawa kepada pertengkaran kecil. Meskipun begitu, cepat api marak, cepat juga api padam.

Kini semuanya telah berkumpul. Sudah tiba masa untuk kami mengambil keputusan STPM. Kaki kami mula melangkah.

Belum sempat kami sampai ke meja Puan Salwani, langkah Sufiyan terhenti." Nanti."           


                                                                                                                                                                 
.....bersambung.....         


             

Kami semua menoleh ke belakang. Jelas terpancar pada wajah Sufiyan bahawa hatinya tidak tenang. Aku cukup memahami perasaannya kini. Keputusan peperiksaan yang bakal kami ketahui sebentar nanti amatlah kami takuti. Pernah kami tidak berjaya menjejakkan kaki ke universiti setelah mengambil keputusan SPM pada dua tahun yang lalu. Semangat mahu ke puncak menara gading menggelegak, namun  keinginan itu tidak seiring dengan usaha yang gigih. Kami kecundang. Sikap malas dan tidak serius serta hilang fokus dalam pembelajaran membuatkan kami tewas. Tetapi tidak bererti kami gagal buat selama-lamanya. Kami percaya peluang sentiasa terbuka. Lantaran itu, kami membentang luas medan perjuangan kedua bagi menyambung semula azam kami untuk mencapai cita-cita yang pernah padam. STPM. Perjuangan kedua yang kami tempuh dengan penuh ranjau, onak, dan liku akhirnya kini tiba di kemuncaknya. Kami takut. Apakah yang akan kami perolehi? Kejayaan atau kegagalan? Sememangnya kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.


Sufiyan memandang tepat ke arah kami. Kakinya berundur beberapa langkah sebelum dia berpatah menuju ke tempat perkumpulan kami. Aku bergegas ke arahnya. " Kenapa Sufiyan?" aku bertanya. Sufiyan melabuhkan punggungnya di lantai. Tanpa segan silu dia duduk bersila dan dilihat oleh orang ramai. Sambil menutup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya, Sufiyan berkata," Syabil, aku takut. Aku takut untuk berhadapan dengan kenyataan ni." Aku lantas menjawab," Kita semua akan berhadapan dengan kenyataan. Aku sendiri pun gementar tadi. Tapi aku berani terima kenyataan. Kau tak bersendiri, Sufiyan. Kau ada kami semua. Kita sama-sama berhadapan dengan kenyataan." Sufiyan memandang tepat ke mataku dan berkata lagi," Aku takut untuk terima kenyataan bahawa aku gagal. Aku ni bodoh. Selalu dapat nombor terakhir dalam kelas. Aku tak cukup berusaha. Aku tak gigih macam korang. Dan aku akan bersendirian." Sufiyan tidak yakin dengan diri sendiri. Dia tidak menyedari meskipun seseorang itu tidak dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran tetapi usaha yang gigih dapat menutup kelemahan tersebut. 

Wafi menghampiri Sufiyan lalu berkata," Tak baik cakap macam tu.  Macam mana kau tahu kau akan gagal sedangkan kau belum tengok lagi keputusan kau? Kau kena yakin, Sufiyan." Wafi memegang bahu Sufiyan dan cuba menenangkannya. Ammar menambah, " Betul tu. Kau jangan takut. Kalau kau takut, aku pun takut juga." Ammar ketawa mengekek lalu duduk di sebelah Sufiyan. Ammar berkata lagi, " Kalau kau tak nak ambil result lagi, aku pun tak nak lah. Korang bertiga pergilah ambil dulu. Kita orang tunggu kat sini." Aku, Wafi, dan Taufiq saling berpandangan antara satu sama lain. Kami bertiga mengambil keputusan untuk duduk bersama-sama. Banyak mata memandang ke arah kami tetapi kami tidak mempedulikannya.

Ruang dewan yang tadinya dikerumuni banyak orang kini kian berkurangan. Ada pelajar yang masih tinggal dan ada juga yang telah pulang. Yang tinggal sedang berkongsi kegembiraan bersama-sama teman dan mengucapkan penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada mereka. Bagi pelajar yang sudah pulang, adakah disebabkan kesuntukan masa ataupun disebabkan keputusan mereka yang kurang cemerlang? Rasa gemuruh masih lagi menyelubungi diri kami.

Kami masih lagi duduk dan tidak membuat sebarang tindakan. Sesekali aku terpandang Taufiq sedang membalas mesej yang diterima melalui telefon bimbitnya. Wafi dan Ammar pula sedang asyik berkongsi cerita tentang aktiviti seharian semenjak tamat persekolahan tiga bulan yang lalu. Kadang-kala tercuit hatiku melihat gelagat Ammar yang sering berjenaka. Tidak hairanlah banyak orang yang  menyenangi dirinya. Sufiyan pula masih terdiam dan berada dalam posisi yang sama sejak tadi. Sedikitpun dia tidak berganjak. Walau bagaimanapun, rautnya kini tampak kembali tenang.

Tiba-tiba terdengar suara garau yang menyapa kami dari arah belakang. "Assalamualaikum." Kami menoleh sambil menjawab salam yang diberikan. Kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri sambil tersenyum. Wafi dengan pantas menyapa. "Cikgu Nasir."
Kami segera bangkit dari lantai dan berjabat tangan dengannya. Cikgu Nasir merupakan guru kaunseling yang sangat rapat dengan kami. Kehadirannya sangat tepat pada waktunya. Tatkala kami hilang semangat, dia tampil mengukuhkan jati diri kami.

Cikgu Nasir bertanya," Dah ambil keputusan ke belum? Macam mana?" Kami masing-masing menggeleng kepala. Cikgu Nasir bertanya lagi," Belum? Habis tu, awak semua buat apa lagi kat sini?" Aku melihat sekilas pada wajah Sufiyan lalu menjawab," Kami belum bersedia nak berhadapan dengan kenyataan." Cikgu Nasir menguntum senyum. Taufiq menyampuk, " Mereka saja yang tak bersedia. Saya dah bersedia." Kami memandang tepat ke arah Taufiq. Kadang-kadang apa yang diucapkan oleh bibirnya sangat menyakitkan hati. Dia seolah-olah tidak memahami situasi. Cikgu Nasir bertanya kepada Taufiq," Macam mana keputusan  awak?" Taufiq menjawab," Saya tak ambil lagi. Saya dah janji nak ambil sama-sama dengan mereka ni." Biarpun Taufiq adakalanya membuat hati orang terkesan tapi apabila disedarinya, pandai pula dia mengambil hati. Sebab itulah hubungan antara kami dengannya tetap kukuh sehingga hari ini.

Cikgu Nasir yang segak berkemeja ungu muda dan berkaca mata tersenyum melihat kerenah anak-anak muridnya ini. Masing-masing sudah dewasa tetapi masih ragu-ragu untuk berhadapan dengan kenyataan. " Kenapa kamu tak bersedia pula? Tak kira lah lambat atau cepat, nanti kamu akan tahu juga keputusan kamu kan." Kami hanya terdiam. Cikgu Nasir menyambung lagi. " Kamu semua kena yakin dan kuat untuk melalui hari ini. Kamu sendiri yang cakap dengan saya dulu yang kamu boleh jawab peperiksaan STPM. Sebab kamu dah gigih berusaha. Jadi sekarang ni, setelah usaha dibuat, setelah puas bertawakal, kamu semua kena menghadapi realitinya." Cikgu Nasir berhenti sejenak. Dia menatap wajah-wajah anak muridnya satu-persatu. Dia menyambung bicara lagi. " Kamu semua ingat tak lagi analogi yang pernah saya beritahu pada kamu tahun lepas?" Kami memerhati tepat pada raut Cikgu Nasir yang sedikit berkumis. Lalu aku bertanya," Analogi?" Cikgu Nasir mengangguk. Sufiyan menyusul bertanya. " Tentang apa?" Kami semua tertanya-tanya dan mencuba untuk mengembalikan ingatan masa lalu. " Tentang bola," ujar Cikgu Nasir selamba. Lantas kami semua berkata serentak. " Bola?"



                                                                                                                                                                             .....bersambung.....

kembali ke SMKTSSB!!

assalamualaikum w.b.t =)
hi, readers!
hi, bloggie!

hari ni yad gi skola tcinta SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH utk minx cop pengesahan drpd pk tingkatan 6, PN. MARIYANI BINTI MALEK utk salinan fotostat sijil2 yad.. Dah lama x gi skola. rse rindu yg teramat sgt.. skola ni la yg betul2 mdewasakan yad.. yg telah mbawa yad ke tmpat di mana yad berada skrg.. syukur alhamdulillah sbb diberi kesempatan utk mjadi slh sorg pelajar kt sekolah ni.. =)

bila jejak je kaki ke skola, ada la mata2 yg memandang..hihi.. ye la, dh lama diaorg x tgk "ketua pengganas" ni kan..sape2 yg kenal tu mmg dok perhatikan yad dari jauh..klu ad yg selisih, diaorg senyum.. =) ade jgak yg melambai2kan tgn.. dgn selamba jer yad lambai tgn mcm UCOP WILCHA tu ha.. hehehe..

1st kali yad drop kt blik ckg Mariyani terus.. dlm blik dia ad cikgu Sofiatoniza (ckg bm), dia bnyak kali gak beri tunjuk ajar kat yad utk sbjek BM.. klu korg nak tau, utk sbjek BM yad blaja sendiri.. tp ckg Sofia ni la yg ad masanya tolg yad dlm sbjek tu. trima kasih ckg. tp tiap kali jumpa dia, yad rasa kekok.. xtau nape..

pas ckg Sofia dh kuar dari blik, tinggal yad dgn ckg Mariyani jer..as usual, mmg rasa seronok sgt bila bsembang dgn ckg. yad dah anggap ckg Mariyani ni mcm BONDA yad. dialah "ibu" yg sgt memahami yad bila yad ade mslh.. sbenarnya tiap kali yad ade mslh x kira la mslh ape pun, ckg Mariyani ni lah org yg yad plg percaya skali. she's so secretive..sbb tu yad suka citer mslh yad dgn dy.. x dpt dinafikan, dy jgak lah yg mjadi tulang belakang yad slama ni smpai lah yad bjaya dlm STPM.. even dy tgh bz dgn tugas dia yg melambak2 tp dia tinggalkan kerja dia sekejap utk spend time masa dgn yad..trima kasih ckg. owh lupa lak, dsbabkan yad suka sgt blaja dlm kelas P.AM ckg Mariyani, yad dpt skor A- utk sbjek tu..rindu giler dgn kelas ckg. 

lepas je dh dpt cop pengesahan drpd ckg MARIYANI, yad pegi koperasi plak. Kat sana yad jumpa dgn ckg Zurina, ckg Solehah, n ckg Foziah. yad pegi sne sbb yad nak jumpa dgn ckg Zurina. nak minx tips sikit mcm mne nak berhadapan dgn interview.. memandangkan ckg Zurina ni ad bnyak pengalaman pegi interview so mmg dy lah sifu plg tepat utk yad timba ilmu. ckg Zurina ni merupakan guru tingkatan yad dari lower6 smpai upper6.. dia ajar BISNES.. merupakan sorg lagi guru yg sgt yad hormati. guru yg sgt yad kagumi. dy jgak pendorong semangat yad yg plg utama spnjang yad blajar utk STPM.. bila yad ada mslh, dy juga antara org yg yad cari.. dia sgt memahami dan mengenali diri yad. walaupun x lama kenal, tp she's so understanding.. dialah yg beri yad kekuatan bila yad lemah, dia lah yg pulihkan semangat yad bila yad dh hilang fokus dlm stdy.. dy bnyk beri kprcayaan pd yad spy yad percaya pd diri sndiri.. trima kasih ckg. owh lupa lg nak gtau, dia jgak yg beri yad pengalaman bkerja sjak yad abis STPM.. huhu rindu giler kt Smartex Global.. =)

spnjg yad kat koperasi tu dy bg tunjuk ajar mcm mna nak melalui proses interview.. bnyk gak perkara yg dia sentuh.. 1st, tntang cara nak susun sijil2.. sijil pn nak kena betul susunannya taw. pastu cara berpakaian. dr segi pakaian ni bg yad mmg xde msalah.. sbb yad  mmg suka jga penampilan fizikal. hehehe.. pastu dia ajar mcm mne nak bjalan, duduk, ucap salam, bcakap, n mcm2 tips lagi yg dia bg.. al-maklumlah, ckg kan ade bnyk pngalaman pegi interview.. hehe.. selain ckg Zurina, ckg Soleha pn ad gak bg tips.. suka gak bila sembang dgn ckg Soleha, ade je yg nak dgelakkan..

pastu yad gerak ke blik guru plak, kt sana jumpa ckg Chan. dia ajar sejarah kertas 2 (sej asia+msia).. rindu giler dgn ckg Chan wlaupun yad slalu memain dlm kelas dia n slalu gak kena marah dgn dia.. dia sorg ckg yg baik wlaupun kekadang tu agak "kejam".. bukan ape, tiap kali nak test @ exam, payah sgt dy nak bg klu tajuk ape nak kuar dlm exam tu. x mcm ckg2 len, kekadang tu ad gak bg klu. tp ckg Chan ni, lgsung xmau bg. "keywords" yg dia slalu kata, susah2 dahulu, senang2 kemudian. kekadang tu rasa nyampah plak bila dia kta mcm tu. tp sbenarnya ap yg dia ckp tu bukn "sampah" tp "emas" yg ckup bernilai. Buktinya, utk paper sejarah dia, yad dpt A- huhu.. mmg x jangka leh dpt A-.. sbb slalunya dlm exam dia lgsung xpenah dpt A, even B pn x pnah nk dpt.. plg gagah pn dpt C jer. trima kasih ckg.. ari ni bru yad faham kata2 ckg tu..anyway, time yad sembang dgn ckg Chan, rse best sgt.. rse akrab giler dgn dia walaupun mse dia ngajar dlu x penah pn akrab mcm ni.. (sbb slalu kena marah sbb yad suka sembang + tidor dlm klas dia..hehehe)

dah jumpa ckg Chan, yad gi jumpa lak ckg Low.. ckg paling cute skali dlm bnyak2 ckg yg ajar yad time form6 dlu.. ckg Low ajar yad Geografi Fizikal (paper1).. blajar dgn dia best sgt.. walaupun dia bcakap dgn slenge Chinese dy, tp yad cepat tangkap ap yg dia cuba smpaikan. tiap2 kali paper ckg Low yad dpt A smpai la exam stpm pn dpt A jgak tp utk paper dia je la. utk paper 2 plak cuma dpt B jer..hasilnya utk dua2 paper ni yad cuma dpt B+..ermmm, sedih gak la sbb trial dpt A-.. pape pun, klu la sume ckg ad skill mengajar mcm dia, perghhh mmg show giler la..haha..gempak abis result stpm yad.. hehe..trima kasih ckg..

after that (try ckp omputih lak), yad gi blik disiplin jumpa dgn ckg Shantina. my febret teacher oso.. ckg ni ajar yad sejarah kertas 1 (sejarah dunia + sej islam).. suka jgak blaja dgn ckg Shantina.. dia mmg pndai mengajar, sbb yad cepat tgkap ap yg dia ajar.. utk paper ckg ni yad dpt A pacak..yippieee.. so bila digabungkan paper sejarah 1&2 yad dpt A pacak gak..hehehe, x expect lgsung ley dpt A.. sesekali tu rse cam x pecaya jer tp mgkin ni sume atas berkat kegigihan yad menghafal bgai nak rak smpai nak pecah otak kot.. dua2 paper sgt tough.. Tuhan je la yg tau btapa menderitanya blaja sejarah.. ha, anyway nak bgtau jgak, ckg Shantina ni jgak merupakan guru pengawas yg bnyak memberi bimbingan kpd yad sepnjang bgelar pengawas skola. ermmm, sbenarnya yad kat skola ketua pengawas..hehehe.. ckg ni la yg rekemen nama yad utk jd ketua pengawas masa pemilihan dlu.. ckg Shantina percaya dgn kebolehan yad. dia jgak la antara org yg telah mbuatkan bakat kepimpinan yad tercungkil. =) trima kasih ckg..

pas jumpa ckg Shantina, yad jumpa lg dgn ckg2 yg len, mcm ckg Zul (Geografi manusia), teacher Meylina + teacher Pua (MUET) n ramai lg ckg yg tegur yad. rindu sgt kat smua ckg..

ha, utk pengetahuan korg jgak, ckg Zurina ad hantar 3 org plajar harapan skola utk jd best student bg stpm taun ni. tiga org tu, Muhaimin, Norihan, dgn Zahirah kot klu x silap nama yg sorg lg.. diaorg ni la bakal jd pengganti yad pas ni. ermmm, yerp nak gtau jgak la yg yad ni best student utk stpm mse yad form6 dlu.. xde la best sgt.. dpt 3A je pun tp yad sgt2 puas hati.. pd diaorg bertiga ni yad bg kata2 semangat spy mereka teruskn perjuangan..yad x bg tips blaja kt diaorg.. bukn yad kedekut tp sebenarnya yad mmg xde tips blaja.. yad cuma blaja bila yad rse nak blaja, n yad xkan blaja bila yad rse xnak blaja.. tu jer.. hehe.. selebihnya yad bnyak memain.. haha.. so yad bg diaorg best wishes utk stpm diaorg.. yad doakn diaorg spy bjaya n lbih bjaya drpd yad..bgitu jgak lah kpd junior2 yg len..

anyway, mmg yad rindu sgt kat SMKTSSB..bnyak kenangan tlah tcipta baik yg manis mahupun yg pahit spnjang yad jd pelajar kt sini.. =)

ermmm, wokey lah..
dh bnyk sgt menaip..rse letih lak tgn..
citer pn dh abis, so next time klu ade story lg yad gitau ok..
hihi =)
bubye readers!
bubye bloggie!
wsalam..

Tuesday, April 19, 2011

introducing u my new BLOGGIE!!!

Assalamualaikum w.b.t
hi, readers!!

dari td yad dok tsengih jer..
=)

mne taknya..
dari td dok improvise BLOGGIE tsyg..
skrg ni readers sume dah tgk wajah tbaru BLOGGIE kan..
amacam??
cun x??
hehehe..
=) sengih lg..

anyway thanks a lot to my lil bro PAAN NABIL coz helped me
to do some touch up on my BLOGGIE..

for readers, i wish u guys gonna like it..
THANX A LOT!!

p/s : klu BLOGGIE dh best, citer pn mst kna best kan..

Sunday, April 17, 2011

hurmmm, nape la boring sgt nih??

hai, readers!! how r u ?
as usual, me, u n bloggie here..ermmm..
wat a boring monday ya!!
bngun pagi je trus on9 fb, cek notification ad 12 (xbesh sgt)
then, bukak game Baking Life, cek on my bakery..
oh ya, smalam yad tmbh 1 lg oven, so now yad ad 15 oven..yippiieee!!
so pasni sng nak kutip experience bebnyak pastu cepat la yad nek level..
skrg ni dh level 36..
then, pas on9 fb (actually still on9 skrg ni), yad bancuh milo..
amik gelas, boh milo, pastu ingat nak boh susu tp susu dlm tin dh abis, means kena bukak tin baru..
teringatkan peristiwa lalu, yad jd mls nak buka tin susu..
hope ada org len tolg bukak kan..hehe
(sbenarnya malas)
so, sementara nak tgu tin susu dibuka, yad bancuh je milo dgn gula..
milo panas + biskut gula = breakfast
sedapppppppppp!!! : p
pastu, smbung blik fbooking, still boring..
cek blog, upgrading my blog a lil bit..
baca blog org, tp x follow pn..hehehe..
sebenarnya nak tgu bloggy aq dh ok, dh upgde, dh cun, bru la aq nak follow blogger yg len. 
smbil blogging, dgr + tgk hot fm kt tv8..
tiz zaqyah dgn shah jaslze jd guests..
suka giler tgk tiz..
kiut miutttttt..
hehe..
n now, dah xtau nak wat ape lg.
nak stop blogging, cek fb lg, then offline..
turun makan, tgk tv, dgr radio, reading some books (maybe)..
thennnnn...urmmmm..
xtau dah nak wat apeeee.. boringnyerrrrr...