Monday, May 16, 2011

Siti Humaira

Atas sebab kemiskinan, Bahri dan Siti Jannah menyerahkan Siti Humaira, anak sulung mereka kepada keluarga Shamsul Badli dan Fazrina. Pada masa yang sama, Shamsul dan Fazrina sememangnya ingin mempunyai seorang anak perempuan setelah mengetahui bahawa Fazrina tidak boleh mengandung buat kali yang seterusnya. Justeru, mereka menerima Siti Humaira sebagai anak perempuan mereka dan memanggilnya dengan nama Amira. Setiap sebulan, Bahri dan Siti Jannah akan melawat anak mereka di rumah Shamsul dan Fazrina. Walau bagaimanapun, mereka telah terputus hubungan dengan anaknya setelah keluarga Shamsul dan Fazrina berpindah ke Kuala Lumpur.
Meskipun tanpa diduga Fazrina telah mengandung dan melahirkan anak perempuan, namun kasih sayang yang telah dicurahkan kepada Amira membuatkan Shamsul dan Fazrina berasa sukar untuk memulangkan semula Amira kepada ibu bapa kandungnya. Oleh itu, Amira telah dewasa di samping Shamsul dan Fazrina serta adik beradik angkatnya iaitu Muhammad Syabil Anaqi dan Nur Syifa Adriana.
Amira cukup bertuah apabila memiliki kasih sayang, pendidikan yang tinggi, serta kemewahan daripada keluarga angkatnya. Biarpun begitu, adakah Amira merupakan insan yang cukup sempurna tatkala hatinya tidak dihiasi dengan iman dan akidah yang kukuh? Shamsul dan Fazrina sememangnya gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang baik apabila anak-anak mereka termasuklah Amira telah terpesong jauh dari landasan agama yang betul. Tetapi, adakah sudah terlewat untuk mereka berubah? Dan siapakah insan yang akan mengubah hidup mereka sekeluarga?

Sejak Amira menginjak usia remaja lagi dia telah jatuh hati kepada abang angkatnya, Syabil Anaqi. Apabila hal ini diketahui oleh Shamsul dan Fazrina, mereka telah berusaha untuk mengahwinkan Amira dengan lelaki lain. Amira membangkang kerana dia tidak mahu menjadi isteri kepada lelaki lain selain Syabil Anaqi. Keadaan semakin rumit apabila Shamsul dan Fazrina menyentuh tentang hak mereka untuk berbuat sedemikian. Mereka menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk Amira membalas segala jasa yang telah mereka lakukan, iaitu bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.
Oleh sebab Shamsul dan Fazrina mengungkit tentang pengorbanan mereka kepada Amira selama ini di samping mempertahankan cintanya kepada Syabil Anaqi, Amira membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga angkatnya. Hatinya yang memberontak dan bercelaru membuatkan hidupnya semakin tidak tenang. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghilangkan rasa tidak tenteram yang menyelubungi jiwa dan fikirannya. Sehingga pada akhirnya, Amira telah bertemu semula dengan keluarga kandungnya yang memiliki kehidupan serba sederhana namun dihiasi dengan amalan agama Islam yang cukup lengkap. Bapa kandungnya, Ustaz Bahri kini merupakan seorang guru agama yang telah banyak berjasa kepada orang kampung, manakala ibunya Siti Jannah pula setia menjadi seorang isteri dan ibu mithali dalam memburu kehidupan di syurga yang kekal abadi.
Setelah tinggal di samping keluarga kandungnya, Amira memperoleh kehidupan yang baru. Dia merasakan seolah-olah telah dilahirkan semula ke dunia apabila kedamaian dan ketenangan yang dicari selama ini berada dalam dakapannya. Ustaz Bahri dan Siti Jannah serta anak-anaknya yang lain berusaha sehabis baik untuk membentuk semula akidah Amira agar sentiasa tunduk pada agama suci Islam.
Sementara itu, keluarga Shamsul dan Fazrina semakin porak-peranda setelah pemergian Amira. Shamsul dan Fazrina yang terlalu menumpukan kepada kerjaya telah mengabaikan anak-anak mereka. Keadaan ini telah mewujudkan konflik antara mereka dengan anak-anak mereka, Syabil Anaqi dan Nur Syifa. Syabil Anaqi yang turut merasakan cintanya pada Amira, sering saja gagal dalam peperiksaan di kolej tatkala sering merindui Amira manakala Nur Syifa pula semakin terjerumus dalam kancah sosial yang tidak baik.
Menyedari akan kehidupan keluarga angkatnya yang semakin kritikal, Amira rasa terpanggil untuk membantu menyelamatkan keluarga angkatnya agar tidak terus terjerumus dlm melakukan dosa-dosa yang tidak diredhai Allah S.W.T. Jika benar menurut ibu bapa angkatnya sebelum ini bahawa Amira sangat terhutang budi kepada mereka, kini telah tiba masanya untuk Amira membalas semula jasa-jasa mereka. Amira kembali ke dalam keluarga angkatnya untuk memberi sinar baru. Adakah Amira mampu untuk membawa keluarga angkatnya keluar dari jalan hitam dan tunduk semula kepada Allah S.W.T? Bagaimana pula dengan perasaan cinta antara Amira dan Syabil Anaqi? Dapatkah mereka disatukan? Yang paling utama, adakah mereka semua mampu memiliki cinta dan kasih sayang daripada Allah S.W.T?



Friday, May 6, 2011

BESDAY UNCLE!!!

JAP3.. X SIAP LG..

Riang Ria bersama adek bradek agkat dr USM!!!

assalamualaikum w.b.t
my bloggieeeeeee..
mich u so munchys..dah mkn ke blom ni??
mst blom lg kan..meh yad suapkan..
hi readers!!
ape khabar??

so ari ni yad ade citer best nak story kat korang..
xtau la bg korang best ke x, tp bg yad mmg best..
hahahaha, no objection ok.. =P

beberapa ari yg lepas, yad spent time kt usm dgn adek bradek agkat yad yg ade kat sana..yad kenal diaorg smua mlalui facebook n yad rse yad rapat dgn diaorg sume. jd memandangkan minggu ni minggu terakhir diaorg kat usm, kteorg plan nak hang out sama2.. ermmm, sesekali yad rse janggal jgak lah sbb yad ni bukan sape2 pun tp yad join diaorg sume gi enjoy. ye lah, diaorg sume student usm n ramai yg nak grad taun ni tp yad ni lak, bru pas abis munsyi n interview kat usm n blom jd student usm lg. insya-allah satu ari nnt. yad minat nak blaja kat usm. minat giler..so diaorg ni mrupakan salah satu individu yg beri dorongan dan kata2 semangat pd yad utk capai impian yad tu. b4 exam stpm dulu2, diaorg jgak lah yg beri support spy blaja sungguh2..so yad sgt menghargai diaorg sume..wlaupun yad bru kenal diaorg taun lepas tp yad rse close sgt dgn diaorg..mgkin sbb layanan diaorg pd yad ni bukn saja sbg seorang kawan tp sbg seorang adik plg muda. thanks abg2 n kakak2..


dari kiri : fik, mior, shark, uncle, yad


dari kiri : kak aya, kak ana, kak fika 

yad, uncle, kfc hahaha


di sini ada hantu..huuuu..

1st day yad kat usm, yad tgk citer di sini ada hantu..seram?? x seram sgt..suspen je lebih..tp lawak..hahaha..suka tgk karakter ah meng dgn bakri..yad tgk citer ni kat laptop uncle.. dia yg pasang, yad layan jer.. citer ni simple + easy to watch..x mcm sesetengah citer hantu yg wat org sakit pala tgk dgn jalan citer yg berbelit2..

police entry ~_~" letihhhh..

mse nak gi makan mlm, yad, uncle, abg long, shark, kak fika, dgn fik jalan kaki dari hostel..msa dok bjalan tu sempat lagi kteorg men police entry..hahaha..yg maen cuma kami berempat ja..yad, abg long, uncle, dgn shark..yad dgn shark jd police..uncle dgn abg long jd pencuri..fuhhhh, jenuh nak lari..yad gi kejar abg long..shark lak kejar uncle..adoiyaii letihhhh kaki nak lari..abg long lari laju..tgk kaki dia la, kaki panjang mcm galah..tp best, sbb dah lama x lari..


makan2 + maen kad

mcm biasa, klu nak gi makan reramai mst waktu malam..kteorg gi mkn kat restoran jai tom yam..yummy tom yam my feveret..time ni ada abg long, uncle, shark, kak aya, kak fika, fik, mior n kak pina.. kak pina pun ade jgak..1st time jumpa dia..slalu sembang kt fb je..dia dtg dari sg petani nak jumpa mata air dia..ha, sape lg?? shark la a.k.a abg teh..hihihi..kak pina ade pun ok jgak sbb at least bukan yad sorg je foreigners kat situ.. =)

sblom mkn, kteorg men game kad daun terup..guna je kad tu tp kteorg men mcm men kad uno..shark lak wat lawak, dia kata "ni game kak una, bukn kad uno"..dia ejek kakak yad la tu..ye lah, kakak yad tkenal dgn pnggilan kak una, so nak dekat2 la tu una-uno..sabor je lah.. mse men game ni, kad abg long abis dulu. huh, mentang2 dia sulung, dy yg mnang dulu.. =P tp pas abg long, yad lak yg menang..kihkihkih.. yg penting kak pina kalah..hahaha, sorry kak pina.. =)

pas makanan dah smpai kteorg mkan ler reramai..uncle baca doa..abg long x makan tp suka dok kacau org..mula2 dy dok kacau uncle..pas uncle dah x tahan dgn abg long dia lari pi tempat len..dah tu yad lak jd mangsa..abih yad punya tom yam abg long bg punah..sabor je la..

ice-cream yummy!!

pas makan, kteorg singgah jap kt 7E beli aiskrim..pas mkn kena la ad desert kan..hahaha..yad dgn shark la yg start dulu..kteorg yg ketagih nak mkn aiskrim..shark suka apple sour, yad suka mango vanilla..shark punya x sedap..masammmm =,=".. best woo mkan aiskrim reramai..sgt manis saat ketika itu..semanis aiskrim yg kteorg mkn.. =P shark dgn kak pina je mkn aiskrin apple sour, yad, uncle, fik, kak fika, mior mkn aiskrim mango vanilla, kak aya xmau makan aiskrim, abg long plak makan aiskrim perisa banana..feveret dia..yg lawak tu, aiskrim kteorg sume bole kupas mcm kupas pisang tp sorg pun x reti wat..abg long sorg ja yg bole wat..hahaha, pastu dia dok action lak..nyampahhh..hahahaha..

kuiz teka movie!!

dah abis mkn aiskrim, kteorg gi padang kawat kat dlm usm..kteorg kat sne bukn nak bkawat tp gi maen kuiz..kuiz teka movie..fik jd host, so 8 org lg kena bahagi 2 team..yad team dgn uncle, abg long, n shark..nama team kteorg inspired...yeahhh!! hahaha..mcm ape daa..shark la yg wat nama team kteorg..dia tgk baju yad ade perkataan inspired, dan2 wat nama kumpulan..mior, kak aya, kak fika dgn kak pina lak 1 team, the weakest team.. =P im sorry..hahahaha..

dlm team yad, yad kena turn ptama..fik bg tajuk filem harry potter..yad dah wat mcm2 aksi, tiru spek harry potter la, wat aksi nek penyapu terbang la, guna magic stick la..msa nak taman bru team yad dpt teka filem apa..adoiyaiii..mse fik jd host, dy bg tajuk filem yg senang2 jgak..tp bila dh tukar host dgn mior, uihhh, bnyak kali gak x dpt teka.. mior tu kaki tgk dvd kot.. mcm2 filem dia tgk.. nama2 filem yg dia suoh teka plak yad x penah dengar..mcm yg yad kena wat utk filem the count of monte christo, adoii citer ap pn yad xtau.. tp papepun team yad bnyak kali dpt teka tajuk filem,so team yad la yg mnang.. inspired...yeahhh!!

queensbay...syiookkk!!

hari esoknyer (3/5/11), kteorg plan nak gi lepak kat queensbay..yg pegi cuma 8 org je..yad, shark, uncle, mior, fik, kak fika, kak aya n kak ana..abg long x join sbb nak study..study ka dating?? hahaha..dy pi study sbb sok dy ad exam..kak pina lak dah balik sg petani..xdan nak pi lepak qbay sama2..kami pi nek 4 buah motor..hahaha, nek motor reramai mcm nak pi merempit ja..tp kami bdak baek, kami x merempit..klu korang budak baek, jgn merempit.. =P kat qbay, mcm2 kami wat..
kfc...nyum3x..

smpai je kat qbay, kteorg terus gi beli tiket wyg..kteorg nk tgk midnite movie..pukul 12.00 pg bru citer start.. time tu baru pukul 10 mlm..msih ad bnyak mse..so kteorg pun bpecah la ikot haluan memasing..ye lah, qbay kan luas..ade yg nak ke sana la, ade yg nak ke sini la..yad dgn uncle pilih nak gi kfc..1st sbb feveret kteorg, 2nd sbb kteorg lapar, 3rd sbb uncle nak blanja..kahkahkah..thanks uncle sbb blanja kfc..

mcm biasa la, klu gi kfc mst kteorg nak order chicken rice combo tp dah abis..so kteorg order la snake plate..dah la mkn snake plate je, kena "halau" plak..kakak kfc tu kata x bole mkan kat dlm kfc, kena bungkus bawa balik..adoiyaii..so kteorg pun cari la pot nak mkn kfc..mula2 kteorg mkn kat pintu masuk qbay yg kat tgh2 tu..tp malu la plak sbb ramai org dok lalu lalang..last2 kteorg pi mkan kat tepi pantai.. lg syiokk.. mcm dok tgh dating pon ada..sgt romantik..kahkahkah...

actually, kat tepi pantai la pot paling tenang..kat situ lah yad share sume masalah yad kat uncle.. masalah yg mengusutkan kepala.. bila dah share kat uncle, lega jgak rasa.. uncle pon pandai bg nasihat.. thanks uncle.. thanks sbb sudi mdengar.. hurmmm, pastu fik dgn kak fika mai..kacau daun toi la..kteorg bru nak bermanja2..
so, kteorg berempat pun pegilah jejalan tepi pantai tgk gerai2 yg ad kt tpi jalan tu..

archade!! tembak menembak..puffff3x

pas dah jalan2 kat tepi pantai, kteorg terus nek ke atas..uncle ajak gi archade..uncle gila game..dia ketagih nak men game kat archade..yad lak?? yad x reti men game kat archade tu..slalu dok teman org ja men kat sana tp yad x men pon..sbb yad x reti nak menghandle machine..nyampahhh..yad dah kata kat uncle, yad cuma teman uncle tp xmau men..tp dia paksa gak men..so maen je lahhh..kteorg men game tmbak mnembak..not bad..uncle dpt 18 marks, yad lak dpt 15 marks..beza 3 jer..yeahhhhh..enjoy gak maen game kat archade..rse mcm nak gi men lg pasni..kihkihkih..

Thor..in 3D

agenda terakhir kteorg malam tu, tgk wayang lah.. kteorg pilih nak tgk citer thor..plan nak tgk wyg ari rabu sbb tiket rm6 je..tp dah pilih pukul 12.00 pg kira dah msuk hari kamis la kan..pastu tgk lak citer 3D, tudia kena smpai rm16..xpelah..janji enjoy.. b4 msuk panggung yad beli la air coke size large dgn popcorn regular size..tgk wyg smbil makan ramai2..uncle makan popcorn kejap je dah tinggal sikit..sabor je la..klu yad tau, yad beli size large..huuuuuu.. citer thor best jgak..nasib bek ade translation, klu x, haram x faham..sbb sblom ni tgk citer tron 3D xde translation.. tp walaupun citer thor tu ade translation, yad x bole diam..dok pot pet pot pet nak tau pasal babak seterusnya..ntah2 uncle pun fed up gak dgn yad sbb dok bcakap je..smpai dia kata kt yad "ko nak tgk ke @ nak aq ceritakan"..hahaha..lek lu..papepun syiokkk tgk citer thor..jalan citer best, walaupun ada scene tu sme mcm dlm citer tron..scene last skali mse kat jambatan pelangi sama mcm citer tron..lawak pon ade citer tu..n yg plg best, suka tgk natalie portman..cun giler..yad siap perli lg, najis lalat kat pipi natalie portman sama mcm uncle punya..kahkahkah..

pas tgk wyg, kteorg pon singgah jap kat kedai makan mamak dekat dgn area qbay tu.. yad dgn uncle lapar nak makan nasi..td kat kfc nak makan nasi tp dah abis so kteorg order la nasi goreng..makan sambil layan citer tamil..hahaha..aishwarya rai berlakon..yg lawak nyer citer tamil, aksi over sgt..kaki menipu btoi citer tamil..yad gelak je la tgk citer tu..pas makan kteorg balik..zzzzzzz...

snooker.. =,="

last day (5/5/11) yad kat penang, uncle dgn fik ajak gi maen snooker.. 1st time men snooker..adoiyaiii, malunyerrr.. yad x reti nak shoot bola..men berterabur..ntah pape..sgt memalukan..tp fik dgn uncle mmg sempoi..x putus asa bg yad tunjuk ajar..so yad pun x bole la putus asa jgak..blaja juga bagi pandai..bila dah nampak elok sikit cara yad shoot bola, uncle puji..kihkihkih..kembang lak rasa..bila dpt masukkan bola pertama yad, ape lg, sonok ar..hahahaha..so, yad bjaya masukkan 5 biji bola kesemuanya..2 biji bola merah, sebiji bola hijau, n 2 biji bola putih...cue ball..hahahaha.. pasni yad nak pi lg men snooker...dah mula timbul minat..kihkihkih..

pas men snooker, kteorg balik hostel tunggu matahari terbit..pagi tu rasa sayu sgt sbb yad dah nak balik umah dah..pas ni agak susah nak jumpa sume adik bradik agkat yad kat usm tu lagi..gonna miss them all, uncle, abg long, shark, kak aya, fik, kak fika, mior n yg len..ermmm..harap dpt jumpa lg pasni..
n harap hubungan yg terjalin akan trus kekal smpai bila2..

papepun yad msih menantikan giliran yad nak jd pelajar kat usm..bila la agaknya..
yg penting dapat ke x??
 insya-allah klu diberikan peluang dpt jgak jd plajar usm satu ari nnt..

ok lah, smpai sini jer story yad utk kali ni..
see ya, bloggie!!
see ya, readers!!
wsalam...


Sunday, May 1, 2011

10 Natural Wonders to See Before They're Lost


assalamualaikum w.b.t
hi readers!!
hi bloggie!!
td mse yad buka je yahoo yad terus nampak info pasal
10 Keajaiban Alam yg mst kena tgk sbelum ianya hilang ni.
so topik yg yad nak share dgn readers sume ni pasal geografi la.
memandangkan mse form 6 dlu yad blajar geografi, so minat tu masih ada..
jd skali skala yad nak share kat blog ni pasal ilmu alam..
klu bole yad nak jadikan blog yad ni sbg tempat utk readers sume peroleh maklumat dan dpt tmbah pengetahuan readers sume..
wokey, tgk lah 10 Keajaiban Alam ni yer.. =)

 1. belize barrier reef


 


 2. the congo basin


 3. the dead sea


 4. the everglades


 5. madagascar


 6. the maldives


 7. the poles


 8. rajasthan, ranthambore


 9. the tahuamanu rainforest


 10. the yangtze river basin

yad cuma perkenalkan pada reader sume 10 Keajaiban Alam kat atas, nnt yad akan tambah info lanjut tentang kesemuanya.
wokey, tu je wat mse skrg..
seriously yad agak sibuk smpai x sempat nak update bloggie yad ni..
sorry ok..
bubye =)